Isu-isu Muhyidin Abdul Rashid

Bantahan Pembinaan Hotel Depan Masjid

Muhyidin Abdul Rashid telah membuat laporan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) berhubung bantahan atas cadangan pembinaan hotel tujuh tingkat dan satu blok bangunan rumah kedai tiga tingkat berhadapan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang. Aduan itu turut berkait dengan dua institusi yang mempunyai autoriti kepada pembinaan terbabit iaitu Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM). Apabila siap kelak, difahamkan jarak antara bangunan hotel dan masjid cuma kira-kira 30 kaki sahaja. Pembinaan ini seolah-olah telah menafikan hak parkir jemaah. Namun yang dipertua MDHT Osman A Bakar enggan memberi komen mengenai projek kontroversi itu. Projek itu turut mencetuskan perdebatan di media sosial apabila laman Selamatkan Masjid Kuala Berang diwujudkan di Facebook. Antaranya, mereka bimbang ia mencetuskan masalah sosial.[3][4]

UMNO Gadai Tanah Rezab Melayu

Selepas UMNO mengambil alih kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2004, UMNO telah menukar milik satu bidang tanah di hadapan pejabat pos Kuala Berang daripada tanah rezab melayu kepada tanah (FreeHold) bebas milik diberikan kepada syarikat milik cina penyokong DAP. Beliau amat kecewa dengan sikap orang UMNO yang sanggup menggadaikan aset tanah di daerah Hulu Terengganu kepada orang bukan islam. Beliau dimaklumkan tanah lokasi tersebut telah diserahkan untuk membina bangunan bagi sebuah syarikat perniagaan, Zon Ria Malaysia Sendirian Berhad yang kini telah mendirikan bangunan rumah kedai tiga tingkat sebanyak 17 lot. Beliau berharap agar perkara ini dikaji dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika terdapat penyalah gunaan kuasa[5][6]